Cabaran Revolusi Industri 4.0
Cabaran pertama dalam era Revolusi Industri 4.0 adalah jurang kemahiran teknik. Penggunaan pelbagai teknologi baharu seperti automasi dan Internet of Things (IoT) memerlukan kemahiran yang memahami ilmu pengetahuan teknologi baharu dimana pembelajaran semula yang sesuai dengan perkembangan teknologi baharu amat diperlukan supaya dapat mengendali teknologi baru.
Dalam pelaksanaan teknologi baharu, penyediaan prasarana digital dan Internet perlu dipertingkatkan kapasiti dan luas jangkau capaiannya terutamanya ke kawasan- kawasan terpencil atau pedalaman terutamanya tempat yang tiada rangkaian internet.
Selain itu, aplikasi digital tempatan berasaskan IR 4.0 yang mengambil kira norma tempatan dan semasa. Pelaburan dalam teknologi maklumat dan digital terkini yang mendukung pendekatan IR 4.0 seperti teknologi rantaian blok, pengkomputeran awan, kecerdasan buatan, data raya, pembelajaran mesin dan lain-lain.
Dengan wujudnya rangkaian internet dan penggunaan perkhidmatan atas talian yang pesat, keselamatan siber dan kerahsiaan data peribadi yang mana perlu menjadi keutamaan perlaksanaan IR 4.0 ini.
Cabaran yang paling kritikal pula adalah dana yang diperlukan untuk menampung perbelanjaan seperti kos latihan kemahiran teknologi baru, pembinaan prasarana digital, pelaburan teknologi dan penyelenggaraan sistem.
Comments
Post a Comment