Ciri-ciri Revolusi Industri 4.0
Revolusi Indsutri Keempat (IR 4.0) melibatkan teknologi automasi memberi cabaran baharu kepada semua sektor di negara ini yang memerlukan mereka melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital itu untuk kekal berdaya saing apabila pasaran yang tanpa had geografi dengan penggunaan rangkaian internet telah meningkatkan saingan antara pihak berkepentingan (stakeholders).
Jikalau Revolusi Industri Pertama melibatkan kewujudan mesin berkuasa wap. Revolusi industri kedua pula melibatkan kuasa elektrik dan revolusi indsutri ketiga berasaskan teknologi maklumat dan komputer sebagai tonggaknya. Revolusi Industri Keempat pula melibatkan pelbagai teknologi baharu seperti automasi, Internet of Things (IoT), analisis dan big data, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotik dan cloud yang bakal merancakkan kemajuan landskap dunia moden.
Revolusi Industri Keempat menandakan kemunculan sistem fizikal siber melibatkan keupayaan baharu sepenuhnya bagi manusia,mesin dan kaedah baharu teknologi yang dilihat tidak memerlukan penglibatan tenaga manusia secara langsung.
Selain itu, Ketua Pakar Pendidikan Tinggi Bank Dunia, Francisco Marmolejo dalam Seminar Revolusi Industri 4.0 berkata, sistem pendidikan tinggi di seluruh negara juga akan mengalami perubahan hasil revolusi Industri 4.0.
Institut pendidikan tinggi yang lebih fleksibel dan sedia mengharungi cabaran baharu diperlukan agar mana-mana golongan masyarakat tidak terpinggir dalam era globalisasi dan digital selaras dengan kemajuan perkenbangan rangkaian internet yang telah mengubah cara penyampaian pendidikan terutamanya dengan fenomena baru iaitu Pembelajaran dan Pengajaran Rumah (PdPr).
Comments
Post a Comment