Pengenalan Revolusi Industri 1.0 sehingga 4.0
PENGENALAN REVOLUSI INDUSTRI
Terdapat 4 peringkat Revolusi Industri
Revolusi Industri 1.0 (tahun 1750-1900)
Pada akhir tahun 1700-an, Negara British mengalami perubahan dimana ekonomi berasaskan tenaga buruh diganti dengan penggunaan mesin. Industri tekstil memulakan perubahan dengan perkembangan teknik serta peningkatan penggunaan arang batu. Kemuncak evolusi ini dirancakkan dengan perkembangan peralatan mesin yang dibuat dari besi pada dua dekad pertama kurun ke-19 yang membolehkan pengeluaran mesin-mesin untuk kegunaan industri lain. Situasi ini menandakan perubahan daripada tenaga buruh manusia dan haiwan telah kian digantikan oleh penggunaan mesin terutamanya mesin wap.
Revolusi Industri 1.0 ditandakan pada tahun 1750 yang bermula di Negara British.
Revolusi Industri adalah zaman pada akhir kurun ke-18 dan awal kurun ke-19 dimana perubahan besar dalam pertanian, pembuatan dan pengangkutan memberi impak yang besar kepada sosio-ekonomi dan kebudayaan di British. Perubahan ini seterusnya merebak ke seluruh Eropah dan Amerika Utara sehingga ke serata dunia melalui proses yang dikenali sebagai perindustrian.
Revolusi Industri merupakan satu titik perubahan penting dalam sejarah manusia, sama seperti penemuan perladangan atau kebangkitan negara-kota.
Revolusi Industri 2.0 (1900 - 1960)
Revolusi Industri Kedua adalah sebahagian daripada Revolusi Industry susulan peringkat 1.0 dimana yang lebih besar dan dianggap telah dicetuskan oleh penggunaan Bessemer yang meluas dan berakhir dengan pengeluaran besar-besaran. Revolusi itu bermula di Amerika Syarikat dan sebar ke negara-negara Eropah seperti Jerman, Perancis, Bristish, Belgium, Itali, dan Belanda ke Jepun dan akhirnya di seluruh dunia. Revolusi itu dipacu oleh proses teknologi dan dibentangkan dari 1870 hingga 1914.
Revolusi Industri 3.0 (1960 - 2010)
Revolusi Industri Ketiga juga dikenali sebagai saintifik-teknikal yang melibatkan transformasi ekonomi di mana sistem tenaga baru bergabung dengan teknologi komunikasi baru. Banyak penemuan, idea dan teknologi telah dikembangkan terutamanya Inovasi dalam Nanoteknologi.
Asas Revolusi Industri Ketiga adalah globalisasi yang mencetus teknologi baru dan pasaran tanpa had geografi dengan rangkaian internet.
Revolusi Industri 4.0
Klaus Schwab yang merupakan pengasas Forum Ekonomi Dunia dalam bukunya "The Fourth Industrial Revolution" menjelaskan Revolusi Industri Keempat ini ditandai dengan kemunculan superkomputer, robot pintar, kenderaan tanpa pengemudi, suntingan genetik dan perkembangan neuroteknologi yang memungkinkan manusia untuk lebih mengoptimalkan fungsi otak. Dalam maksud lain, kehidupan manusia akan dipermudahkan dengan bantuan robot dimana segala urusan harian manusia akan dikongsi bersama robot yang dicipta khusus untuk mengoptimumkan keperluan dan keselesaan manusia.
Dalam era Revolusi Industri Keempat, Internet of Things (IoT) diperkenalkan.
Comments
Post a Comment