Posts

Kesimpulan Revolusi Industri 4.0

Image
Kesimpulannya, revolusi Industri 4.0 dijangka akan membawa perubahan ketara yang akan memberi kesan besar di dalam kehidupan manusia. Profesor Klaus Schwab, pengasas dan pengerusi eksekutif World Economic Forum, Revolusi Industri 4.0 menggabungkan dunia biologikal, fizikal dan digital serta menghasilkan pelbagai teknologi baru yang memberikan kesan kepada pelbagai disiplin, ekonomi dan industri. Kemajuan teknologi Revolusi Industri 4.0 tidak akan berhenti dan kesannya di dalam kehidupan manusia tidak dapat dielakkan. Perubahan teknologi yang berlaku dengan pantas ini memerlukan pelan perancangan yang mantap dan menyeluruh oleh penggubal dasar negara supaya perkembangan ekonomi berasaskan Revolusi Industri 4.0 dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk kebaikan manusia.

Cabaran Revolusi Industri 4.0

Image
Cabaran pertama dalam era Revolusi Industri 4.0 adalah jurang kemahiran teknik. Penggunaan pelbagai teknologi baharu seperti automasi dan Internet of Things (IoT) memerlukan kemahiran yang memahami ilmu pengetahuan teknologi baharu dimana pembelajaran semula yang sesuai dengan perkembangan teknologi baharu amat diperlukan supaya dapat mengendali teknologi baru. Dalam pelaksanaan teknologi baharu, penyediaan prasarana digital dan Internet perlu dipertingkatkan kapasiti dan luas jangkau capaiannya terutamanya ke kawasan- kawasan terpencil atau pedalaman terutamanya tempat yang tiada rangkaian internet. Selain itu, aplikasi digital tempatan berasaskan IR 4.0 yang mengambil kira norma tempatan dan semasa. Pelaburan dalam teknologi maklumat dan digital terkini yang mendukung pendekatan IR 4.0 seperti teknologi rantaian blok, pengkomputeran awan, kecerdasan buatan, data raya, pembelajaran mesin dan lain-lain. Dengan wujudnya rangkaian internet dan penggunaan perkhidmatan atas talian ...

Ciri-ciri Revolusi Industri 4.0

Image
Revolusi Indsutri Keempat (IR 4.0) melibatkan teknologi automasi memberi cabaran baharu kepada semua sektor di negara ini yang memerlukan mereka melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital itu untuk kekal berdaya saing apabila pasaran yang tanpa had geografi dengan penggunaan rangkaian internet telah meningkatkan saingan antara pihak berkepentingan (stakeholders). Jikalau Revolusi Industri Pertama melibatkan kewujudan mesin berkuasa wap. Revolusi industri kedua pula melibatkan kuasa elektrik dan revolusi indsutri ketiga berasaskan teknologi maklumat dan komputer sebagai tonggaknya. Revolusi Industri Keempat pula melibatkan pelbagai teknologi baharu seperti automasi, Internet of Things (IoT), analisis dan big data, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotik dan cloud yang bakal meran­cakkan kemajuan landskap dunia moden. Revolusi Industri Keempat menandakan kemunculan sistem fizikal siber melibatkan keupayaan baharu sepenuhnya bagi manusia,mesin dan kaedah baharu tek...

Pengenalan Revolusi Industri 1.0 sehingga 4.0

Image
PENGENALAN REVOLUSI INDUSTRI Terdapat 4 peringkat Revolusi Industri Revolusi Industri 1.0 (tahun 1750-1900) Pada akhir tahun 1700-an, Negara British mengalami perubahan dimana ekonomi berasaskan tenaga buruh diganti dengan penggunaan mesin. Industri tekstil memulakan perubahan dengan perkembangan teknik serta peningkatan penggunaan arang batu. Kemuncak evolusi ini dirancakkan dengan perkembangan peralatan mesin yang dibuat dari besi pada dua dekad pertama kurun ke-19 yang membolehkan pengeluaran mesin-mesin untuk kegunaan industri lain. Situasi ini menandakan perubahan daripada tenaga buruh manusia dan haiwan telah kian digantikan oleh penggunaan mesin terutamanya mesin wap. Revolusi Industri 1.0 ditandakan pada tahun 1750 yang bermula di Negara British. Revolusi Industri adalah zaman pada akhir kurun ke-18 dan awal kurun ke-19 dimana perubahan besar dalam pertanian, pembuatan dan pengangkutan memberi impak yang besar kepada sosio-ekonomi dan kebudayaan di British. Perubah...